Meneruskan rencana di Kedah dengan merasmikan Skim Usahawan Bangkit di Anak Bukit, sebuah ikhtiar Kerajaan MADANI untuk memperkasa usahawan dan peniaga kecil agar terus berkembang serta meningkatkan pendapatan keluarga.
Peniaga kecil adalah nadi ekonomi rakyat, daripada warung, gerai dan kedai kopi hingga pengusaha restoran, hotel serta pelbagai perniagaan yang menjadi punca rezeki keluarga dan membuka peluang pekerjaan kepada ratusan ribu rakyat.
Kerajaan MADANI akan terus memudahkan urusan berniaga dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Hampir 2,000 permohonan telah diterima menerusi Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah, selain bantuan peralatan sehingga RM5,000 yang disediakan menerusi Geran Sejahtera MADANI melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).
Insya-Allah, ikhtiar membela dan mengangkat usahawan serta peniaga kecil akan terus diperkukuh menerusi Belanjawan 2027. Dalam kita membawa masuk pelaburan besar khususnya dalam teknologi, AI dan semikonduktor, kemajuan yang dikejar tidak harus sesekali mengorbankan kelangsungan peniaga kecil tempatan.
Kita mahu pelaburan terus masuk dan ekonomi terus berkembang, tetapi manfaatnya mesti dirasai rakyat serta membuka lebih banyak ruang dan peluang untuk peniaga kecil kita tumbuh, berdaya saing dan maju.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI